Want your
own Fotopage?






 
Anjang Abin's FotoPage

By: Hassilah Salleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Jun-2006 14:30 Email | Share | | Bookmark
Birthday Nur Hannah Fulayi

Birthday girl..3 years old
Dapat hadiah drpd Ingvil
Sesi bakar membakar bermula
Ida dan Hannah dalam tent
Ingvil, Asiah (Isteri kwn Idi)
Bakar lagik..hati lembu, daging dan drummet..
Susah btl nak suruh budak tengok kamera
Suruh mkn pon susah, nasib Ingvil rjn lyn
Idi dan kawan2
View all 24 photos...
Birthday Hannah 19 Jun, tapi since tarikh tu jatuh pada hari Isnin tahun ni, so sambutannya akan diadakan sehari lebih awal. Kami bercadang untuk buat grill party di Tasik Sogsvann. Menu untuk hari tersebut ialah pasta, ayam dan daging bakar, buah-buahan dan coleslaw. Untuk menjimatkan kos, we decided untuk prepare our own cake, carrot cake. Jemputan utama ialah 2orang kawan Idi dan macam biaselah Abin dan Baki sekeluarga (sape lagi nak dijemput pon tak tau lah..haha)

pejam celik..pejam celik...dah besar anak dara aku nie.
Cepat rasanya masa berlalu,bolehlah tambah satu lagi
Mon 19-Jun-2006 19:51
Posted by:normah of oslo queenken@hotmail.com
Banyakkan bersabar kak. Idi kata habiskan kelas bahasa dulu.. Tue 20-Jun-2006 03:25
Posted by:Silah
suruh noor update, dia nyer fp pun sama, tak terupdate.....hehhehee. anyway, rugi lak tk jumpa clah masa balik ari tu, tp tau clah bz ngan family. Mon 29-Oct-2007 12:55
Posted by:k yanie  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 16-Jun-2006 18:05 Email | Share | | Bookmark
Summer Party

Kawan2 yang dulu jugak..
Sekeping lagi..
Student Master tenagh beratur utk terima pen masing2
Dapat pen dan bunga hidup sebatang..
Beratur panjang lepas dah terima hadiah masing2
Majlis ni diadakan secara tahunan, khusus bagi meraikan pelajar yang telah tamat Master. Kat sini takde konvokesyen, so depends on department lah nak wat atau kasi ape2 kat depa ni. So, dah jadi tradition, mereka akan dapat sebatang pen with their names and master tittle kat situ. Budak degree mmg tak dapat ape langsung. Sian kan??

Summer party kali ni diadakan di kaki Holmenkollen, kul 6ptg. Seronok juga berparti cara orang putih ni, simple je. Tak payah nak buat majlis kat hotel ke dewan ke, depa buat dalam khemah je, atas padang. Nampak tak formal, tapi formal.. kira memang OK lah..

bdk phd ade konvo tak? Thu 22-Jun-2006 06:18
Posted by:noor
Terima kasih dapat tengok gambar. Tak sangka pulak orang Norway tak de pesta konvo. Macam lepas abis sekolah gitu-gitu je ke? Wed 26-Jul-2006 08:44
Posted by:Norhayatee Muhammad norha101@yahoo.ca
Add comment


Friday, 16-Jun-2006 13:10 Email | Share | | Bookmark
Oslo Sightseeing

Viking Museum
Tgh dgr penerangan Tour Guide
Kapal viking ni dijumpai dlm tnh
View all 23 photos...
Dari Vigelansparken, Abin rushed back to Blindern untuk join kengkawan Institut Matematik for an Oslo Sightseeing. Program ni dirancang oleh Diana dan kengkawan untuk pelajar dan staf yang datang dari luar Norway, bermatlamat untuk perkenalkan Oslo pada semua. Tapi kebanyakan tempat yang dibawa, Abin dah gi sendiri ngan Kak Normah. Tapi oklah sebab tour kali ni ade Professional Guide, jadi Abin taulah cerita di sebalik itu dan ini.

Perjalanan bermula dengan bas dari Universiti Oslo ke bandar Oslo, melintasi Karl Johan Gate dan Akershus. Kemudian bas berhenti di Tulinlokka dan kami beramai2 melawat ke National Gallery (Galeri lukisan oleh pelukis2 terkenal Norway seperti Edward Munch). Tak leh ambil gambar, tapi ni lah tempat yang paling Abin suke sepanjang lawatan ni sbb dapat belajar memahami maksud yang tersirat dalam sesuatu lukisan, yang mmg selama ni Abin tak boleh nak faham. Then kami bergerak ke Bigdoy. Terdapat banyak muzium di situ. Antara yang sempat kami lawati ialah Viking Ship Museum (Kapal Viking yang dijumpai dalam tanah) dan Fram Museum (Kapal bernama Fram yang berjaya meneroka Kutub Utara dari Norway dan kembali semula dalam masa 1000 hari). Seterusnya, kami ke Vigelans Parken dan akhir sekali ke Holmenkollen.

Secara keseluruhannya, program ni memang best!

menarik juga museum nie...nanti nak gi lah. Mon 19-Jun-2006 20:00
Posted by:normah of oslo queenken@hotmail.com
ske tgk gmbr abin bersama kwn2 tu..haha
akhirnya berjaya gak abin 'jejak kasih' dgn kawan2 ye..wpun patung je..
Thu 22-Jun-2006 09:41
Posted by:sue-ana
Add comment


Thursday, 15-Jun-2006 16:30 Email | Share | | Bookmark
Zul, Miza dan orang ke-3

Depan Parlimen (Storting)
Depan Fakulti Undang2, UiO
Posing, jgn tak posing..hehe
View all 27 photos...
Pasangan pengantin tak berapa nak baru ni datang bergambar di Oslo dari Norwich, UK sambil melawat Abin..hehe. Kelam kabut gak masa ni sebab depa datang kejap sangat. Abin lak kebetulan ada program ngan Matematisk Institutt (Diana kasitau tentang program tu beberapa hari lepas Zul dah booking tiket). Tensen gak sikit mula2 sbb nak kene plan masa betul2 supaya dapat wat seme sekali. Dan alhamdulillah rasanya Abin dapat wat seme yang dirancangkan dan dapat luangkan sedikit masa untuk depa. Luckily kak Normah cadang nak masak nasi Pilau untuk depa, so masa slot Abin gi Summer Party held by Mathematics Institut, depa gi makan kat umah kak Normah..tak lah Abin rasa bersalah sangat tinggalkan depa camtu je..

2 zul and miza,
nice 2 meet u all,may Allah bless u and the baby
Mon 19-Jun-2006 11:33
Posted by:normah of oslo queenken@hotmail.com
c lah...kejap tapi best....next time kite ke fjord k...c lah n kak normah WAJIB ke london:) Tue 20-Jun-2006 06:25
Posted by:daddy org ke 3
WAJIB ni maksudnya, kalau tak datang London ngan Kak Normah dosa ek?? Tue 20-Jun-2006 07:14
Posted by:Silah
Add comment


Thursday, 8-Jun-2006 10:52 Email | Share | | Bookmark
Dinner at Inga's place

Dr kr:Klara,Marie,Heidi,nama susah nak ingat dan Inga.
Kemain lagi aku pakai kebaya, tapi ambil gambar sekeping je. Itu pon tak masuk gambar sendiri. Takpelah, len kali jelah amik gambar dengan kebaya tu..sorang2 dalam bilik pon bleh..hahaha..

Makanan yang dihidangkan adalah menu dari Perancis, Sup kupang dan ikan Kod. Ok lah rasanya, cume tak pedas, jadi cam kurang kaw.. Tapi yang pentingnya, Abin dah dapat beberapa kawan baru kat Institut, seronok!!

Care to comment?


Monday, 29-May-2006 10:00 Email | Share | | Bookmark
B1227, Neils Hendriks Abel Hus

Telefon..gayut sokmo. Free le katakan.. hehe
Komputer..gune linux..tak habis browse lagi ..
Papan hijau..utk mengajar dan diajar dalam bilik sendiri.
View all 8 photos...
Ini lah pejabat tetap milik Abin kat Institut Matematik setelah diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Pemandangan dari bilik yang terletak di tingkat 12, tingkat paling atas bangunan ni memang cantik. I can even see the Holmenkollen’s Ski Jump dari tingkap bilik. Seronok betul kan? Jadi tutor kat KUSTEM pon tak dapat bilik sebuah gini.

Care to comment?


Monday, 29-May-2006 09:00 Email | Share | | Bookmark
Ulangtahun Kelahiranku yang ke-25

Kek batik yg salah resepi..kehkehkeh
Typical Norwegian Cake, NOK 298,-
Hadiah drpd Diana (technical officer Math Inst)
View all 6 photos...
Oleh sebab dah terbiase celebrate birthday, kali ni nak celebrate gak walaupun orang kat sini tak tau pon birthdate kite. Buat kek batik, tak jadik, silap resepi..haha. So, belilah kek kat bandar, makan ngan opismates. Ingat nak bawak balik kat kak Normah, sekali habislah pulak.. So, baker jelah fiskegranteng, bawa pi.. sorry aa Kak Normah..

tahniah....dah besar dah anak pak salleh nie...bila lagi? Mon 19-Jun-2006 10:51
Posted by:normah of oslo queenken@hotmail.com
Terima kasih..esp for the selimut. Semakin berhantu katil kat 7Eleven tu Bila?? mm..Tuhan saja yang tahu.. Tue 20-Jun-2006 05:17
Posted by:Silah
Add comment


Saturday, 27-May-2006 17:00 Email | Share | | Bookmark
Women Kafe

Bersedia utk bertolak
At one corner..wanita melayu terakhir di Oslo..hehe..
Daud sibuk berjalan sana sini
View all 14 photos...
Hujung minggu kali ni, kak Normah dah book siap2 untuk bawak Abin gi Women Kafe, persatuan wanita2 imigran kat Oslo ni sebab depa wat parti gitu. Since sume kene bawak makanan tradisi masing2, kami decided nak buat kuih ketayap sebab ringkas. Seronok jugak majlis ni sbb dapat rasa masakan dari Iraq, Pakistan, Afghanistan, Burma, India, Malaysia (kami berdua lah tu..haha) dan lain2 lagi.

Care to comment?


Tuesday, 23-May-2006 13:00 Email | Share | | Bookmark
Abel Price

Ketibaan disambut dengan pancaragam..sian kene hujan..
Ramai gak yg datang, tp takde sape pon yg pakai tudung..xcept me
Lepas pintu masuk, area ni ade byk penyangkut jeket kt kiri knn
View all 11 photos...
Sehari sebelum, supervisor Abin, Frank Proske datang bilik. Dia ajak gi tengok Abel Price Ceremony ni. Abel Price ni adalah anugerah untuk ahli Matematik yang telah membuat suatu kajian saintifik yang terkemuka. Anugerah yang membawa hadiah berupa wang tunai NOK 6,000,000 (bersamaan dengan USD 920,000, GBP 520,000 atau EURO 755,000) ini diberikan oleh Norwegian Academy of Science and Letters.

Untuk tahun 2006 ni, Lennart Carleson dari Sweden telah terpilih untuk menerima penghormatan tersebut daripada Queen Sonja, Permaisuri Norway. Tapi gambar tak ok sangat kat dalam dewan tu, heran betul. Penat ejas setting. Mungkin sebab pencahayaan yang merah tapi malap dalam tu..entahlah..

Care to comment?


Wednesday, 17-May-2006 09:30 Email | Share | | Bookmark
National Day

Parlimen..sape ntah kat atas tu..
Parade akan bergerak ke arah istana di hujung jalan ni
Comel nye adik ni..
View all 36 photos...
Akhirnya Norway bebas daripada belenggu Sweden dan Denmark. Ulangtahun ke berapa pon Abin tak tau..sebab cara celebration nye agak berlainan ngan negara kite. Perarakan bermula kira2 jam 10pg dalam keadaan hujan yang kengkadang reda, kengkadang lebat. Ramai betul orang, siap dengan baju kebangsaan masing2. Bunat namanya kalau tak salah eja. Bunat ni ade macam2 jenis mengikut kawasan (ala2 daerah). Made of wool kalau yang original, berpuluh ribu kroner harga sepasang. Kalau nak murah ade gaklah yang tiruan, tapi tak mana nye murah kat Norway ni..

menarik....menarik, tapi byk gambar keluarga akak dari tuan punya kamera.....t/kasih ajelah Tue 23-May-2006 19:52
Posted by:normah of oslo queenken@hotmail.com
comeynya budak kecik tu pkai bunat..(betul ke budak tu pkai bunat??main belasah sebut je benonye..hehe) Mon 29-May-2006 14:57
Posted by:sue-ana
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.